Tuesday 1 May 2012

Agensi kerajaan dan warisan budaya

Peranan agensi-agensi yang terlibat dalam usaha mengekalkan budaya negara:




1.Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara 
- Merancang, mengumpul dan mengedar bahan da informasi seni dan budaya 
- Memberi khidmat nasihat, bantuan kepakaran dan kewangan kepada badan bukan kerajaan. 

2. Jabatan Arkib Negara Malaysia. 
- Mengumpul, memperoleh dan menyimpan rekod Negara. 
- Memelihara bahan-bahan arkib seperti Memorial Tunku Abdul Rahman dan Memorial Tun Abdul Razak. 
3. Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan. (ASWARA) 
- Pusat pengajian kesenian, kebudayaan dan warisan. 
- Melahirkan karyawan, seniman dan penggiat seni. 

4. Jabatan Muzium dan Antikuiti Malaysia. 
- Sebagai pusat sumber warisan Negara. 
- Menyelidik, mengumpul, mengekal dan menyebar ilmu pengetahuan. melalui pameran. 

5. Jabatan Warisan Budaya. 
- Menggubal akta. 
- Mengumpul dokumentasi. 
- Menyelidik, memelihara dan membangunkan warisan. 

6. Istana Budaya. 
- Mementaskan seni persembahan (teater, tarian, muzik) 

7. Perbadan Kemajuan Filem Nasional Malaysia. (FINAS) 
- Membangunkan industri perfileman negara 

- Membangunkan dan mempromosikan perusahaan kraf. 

9. Perpustakaan Negara Malaysia. 
· Pusat pengumpulan, pendokumentasian dan pemuliharaan sumber-sumber ilmu Negara. 

10.Balai Seni Lukis Negara. 
· Mengumpul, memelihara, memulihara, mempamir, mempromosikan, memupuk kesedaran dan 
penghayatan seni kepada seluruh masyarakat.





Antara program dan aktiviti yang dianjurkan oleh agensi kerajaan dalam mengekalkan warisan budaya Malaysia ialah:


  • Program Merakyatkan Seni Budaya.

  • Program Mendekati Rakyat

  • Program Rumah Terbuka

  • Kempen Budi Bahasa Budaya Kita

  • Pertandingan permainan tradisional

  • Progam Pembangunan Usahawan Kraf

  • Persembahan teater

  • Anugerah Seni Negara

  • Pembudayaan tulisan jawi.


KEPENTINGAN PENGEKALAN BUDAYA WARISAN MALAYSIA 

  • Mewariskan budaya kepada generasi muda.
  • Memelihara kepentingan budaya.
  • Membentuk jati diri bangsa Malaysia.
  • Mengindustrikan budaya.
  • Menjana sumber ekonomi

Thursday 19 April 2012

Pakaian Tradisional

Kaum Melayu - Baju Melayu Cekak Musang
                        -Baju Kurung
                        -Baju Kebaya Labuh
                        -Baju Melayu Teluk Belanga


Kaum China - Cheongsam
                     - Samfu
                     - Jubah Labuh Ming
                     - Baju Shanghai



Kaum India - Sari
                   - Kurta Pijama
                   - Dhoti
                   - Salwar Kameez


Kaum Iban - Kalambi
                  - Bedong
                  - Pua Kumbu

Kaum Kadazan - Sinuannga
                         - Gaung

Tarian

Kaum Melayu - Tarian Joget
                       - Tarian Zapin
                       - Tarian Kuda Kepang

Kaum China - Tarian Singa
                    - Tarian Kipas
                    - Tarian Sutera
 
Kaum India - Bharata Natyam

Kaum Iban - Tarian Ngajat

Kaum Kadazan - Tarian Sumazau

Nyanyian

Kaum Melayu - Okir Barat
                       - Wayang Kulit

Kaum Cina - Huang Mei Diao
                   - Opera China 

Sunday 15 April 2012

C Badan Bukan Kerajaan Pengekal Warisan


Duniaseni

Duniaseni merupakan sebuah badan bukan kerajaan yang melaksanakan pelbagai aktiviti berkaitan warisan budaya Malaysia. Badan ini diuruskan oleh Encik Che Ku Khairul yang sangat prihatin terhadap pengekalan warisan budaya. Badan ini mempromosikan pelbagai warisan budaya Malaysia ke seluruh dunia.
            Selain itu, badan ini juga menerima keahlian dalam kalangan penggemar dan pencinta seni budaya tanah air. Ahli-ahli badan ini berpeluang untuk mengikuti pelbagai program kebudayaan, menyertai perarakan Citrawarna, dan memuat turun muzik tradisional. Yuran RM100 dikenakan terhadap sesiapa yang berminat untuk menjadi ahli Duniaseni. Bayaran tersebut sebagai sumbangan untuk menyokong usaha mengekalkan warisan budaya.

Selangor Kwangsi Dance Troupe

Selangor Kwangsi Dance Troupe pula merupakan sebuah persatuan yang aktif dalam usaha mengekalkan budaya masyarakat Cina di negara ini. Kumpulan ini telah ditubuhkan pada tahun 1979 dan sangat terkenal dalam kalangan komuniti Cina di negara kita. Kumpulan yang beroprasi di Jaln Pudu, Kuala Lumpour ini telah mengadakan persembahan di beberapa buah negara termasuk Thailand, China, Hong Kong, dan menyertai pelbagai pertandingan festival kebudayaan yang dianjurkan di dalam dan luar negara.


The Temple of  Fine Arts

The Temple of  Fine Arts di Brickfields, Kuala Lumpur ditubuhkan pada 1 Mei 1981 dan diilhamkan oleh Swani Shantanad Saraswati. Badan ini didaftarkan sebagai badan kebajikan yang memperjuangkan kebudayaan dan kesenian kaum India.
          Antara bidang kebudayaan yang diajarkan di pusat ini ialah tarian, vokal, dan permainan alat-alat muzik tradisional India. Tarian yang diajarkan termasuklah Bharatanatyam dan Odissi. Bidang vokal yang diajarkan di pusat ini ialah Karnatik dan Hindustani. Kurtsus permainan alat-alat muzik tradisional India yang disediakan pula ialah mridingham, tabla, veena, dan sitar.


Friday 13 April 2012

B Agensi Kerajaan Melestarikan Warisan Budaya

            Pada pertengahan tahun 1980-an, cadangan telah dikemukakan oleh penggerak-penggerak budaya Johor supaya operasi di Taman Seni Budaya Johor dipertingkatkan dengan mengadakan kumpulan tetap yang akan berperanan lebih giat dan lancar. Pada awal tahun 1990, Kerajaan Negeri Johor telah melancarkan promosi bagi sektor pelancongan secara besar-besaran. Seiringan dengan itu, Menteri Besar Johor pada masa itu telah mengumumkan untuk menubuhkan kumpulan tetap kesenian Negeri Johor. Pada 1 Mac 1992, Kumpulan Kesenian Negeri Johor telah ditubuhkan dan diletakkan bawah pentadbiran Majlis Kebudayaan Negeri Johor.

Matlamat penubuhan kumpulan ini :
(a) Menyediakan sebuah kumpulan kesenian yang lengkap dengan penari-penari dan pemuzik bagi memenuhi keperluan majlis-majlis rasmi kerajaan dan agensi-agensi swasta yang memerlukan persembahan dalam majlis anjuran mereka.
(b) Mengkaji, menilai, dan mempopularkan kesenian lama Johor yang patut dipelihara dan dipertahankan.
(c) Sebagai pengiktirafan kerajaan Negeri Johor kepada penggiat-penggiat budaya negeri Johor.
(d) Meningkatkan semangat patriotik dalam kalangan rakyat melalui warisan kesenian bangsa.
(e) Meningkatkan mutu persembahan supaya lebih berkualiti.

Fungsi Yayasan Warisan Johor :
(a) Memartabatkan kesenian dan meningkatkan mutu persembahan kesenian negeri Johor.
(b) Mengadakan pementasan dan persembahan yang bermutu tinggi dalam majlis-majlis rasmi kerajaan.
(c) Mempertontonkan persembahan kesenian kepada masyarakat tempatan dan antarabangsa.
(d) Memupuk minat masyarakat khususnya golongan remaja untuk melibatkan diri dalam bidang kesenian.
(e) Membina jati diri melalui aktiviti-aktiviti kesenian.
(f) Mengkaji dan memulihara warisan kesenian untuk dilestarikan.

Tuesday 10 April 2012

A  Budaya Dilestari Bangsa Dihormati

Pejuang Budaya Bangsa

Habibah Zikri

Bidang Seni yang Diperjuangkan
~Tenunan songket

Pencapaian
~Anugerah Tokoh Kraf Negara 2007
~Menghasilkan kain songket berkualiti tinggi
~Berpegalaman lebih 30tahun dalam industri songket


Ramli Ibrahim

Bidang Seni yang Diperjuangkan
~Tarian klasik India, terutama Bharatanatyam dan Odissi

Pencapaian
~Memiliki sebuah kumpulan yang diberi nama Sutra Dance Theatre untuk melatih golongan muda dalam bidang tarian klasik India.
~Membuat persembahan di serata dunia.
~Dianugerahi Fulbright Distinguished Artist Award dalam tahun 1999.



Chief Master Siow Ho Phiew

Bidang Seni yang Diperjuangkan
~Tarian singa

Pencapaian
~Menjadi guru beberapa kumpulan tarian singa.
~Mendapat gelaran "sifu" kerana minat yang mendalam dalam tarian singa.
~Mendapat pengiktirafan Amazing Malaysia kerana memperjuangkan warisan seni.


Md. Aripin Said

Bidang Seni yang Diperjuangkan
~Lagu rakyat


Pencapaian
~Membuat persembahan lagu rakyat di dalam dan luar negara.
~Merakamkan album lagu-lagu rakyat.
~Mendapat anugerah Tokoh Budaya Pahang 1998.