Friday 13 April 2012

B Agensi Kerajaan Melestarikan Warisan Budaya

            Pada pertengahan tahun 1980-an, cadangan telah dikemukakan oleh penggerak-penggerak budaya Johor supaya operasi di Taman Seni Budaya Johor dipertingkatkan dengan mengadakan kumpulan tetap yang akan berperanan lebih giat dan lancar. Pada awal tahun 1990, Kerajaan Negeri Johor telah melancarkan promosi bagi sektor pelancongan secara besar-besaran. Seiringan dengan itu, Menteri Besar Johor pada masa itu telah mengumumkan untuk menubuhkan kumpulan tetap kesenian Negeri Johor. Pada 1 Mac 1992, Kumpulan Kesenian Negeri Johor telah ditubuhkan dan diletakkan bawah pentadbiran Majlis Kebudayaan Negeri Johor.

Matlamat penubuhan kumpulan ini :
(a) Menyediakan sebuah kumpulan kesenian yang lengkap dengan penari-penari dan pemuzik bagi memenuhi keperluan majlis-majlis rasmi kerajaan dan agensi-agensi swasta yang memerlukan persembahan dalam majlis anjuran mereka.
(b) Mengkaji, menilai, dan mempopularkan kesenian lama Johor yang patut dipelihara dan dipertahankan.
(c) Sebagai pengiktirafan kerajaan Negeri Johor kepada penggiat-penggiat budaya negeri Johor.
(d) Meningkatkan semangat patriotik dalam kalangan rakyat melalui warisan kesenian bangsa.
(e) Meningkatkan mutu persembahan supaya lebih berkualiti.

Fungsi Yayasan Warisan Johor :
(a) Memartabatkan kesenian dan meningkatkan mutu persembahan kesenian negeri Johor.
(b) Mengadakan pementasan dan persembahan yang bermutu tinggi dalam majlis-majlis rasmi kerajaan.
(c) Mempertontonkan persembahan kesenian kepada masyarakat tempatan dan antarabangsa.
(d) Memupuk minat masyarakat khususnya golongan remaja untuk melibatkan diri dalam bidang kesenian.
(e) Membina jati diri melalui aktiviti-aktiviti kesenian.
(f) Mengkaji dan memulihara warisan kesenian untuk dilestarikan.

No comments:

Post a Comment