Sunday 15 April 2012

C Badan Bukan Kerajaan Pengekal Warisan


Duniaseni

Duniaseni merupakan sebuah badan bukan kerajaan yang melaksanakan pelbagai aktiviti berkaitan warisan budaya Malaysia. Badan ini diuruskan oleh Encik Che Ku Khairul yang sangat prihatin terhadap pengekalan warisan budaya. Badan ini mempromosikan pelbagai warisan budaya Malaysia ke seluruh dunia.
            Selain itu, badan ini juga menerima keahlian dalam kalangan penggemar dan pencinta seni budaya tanah air. Ahli-ahli badan ini berpeluang untuk mengikuti pelbagai program kebudayaan, menyertai perarakan Citrawarna, dan memuat turun muzik tradisional. Yuran RM100 dikenakan terhadap sesiapa yang berminat untuk menjadi ahli Duniaseni. Bayaran tersebut sebagai sumbangan untuk menyokong usaha mengekalkan warisan budaya.

Selangor Kwangsi Dance Troupe

Selangor Kwangsi Dance Troupe pula merupakan sebuah persatuan yang aktif dalam usaha mengekalkan budaya masyarakat Cina di negara ini. Kumpulan ini telah ditubuhkan pada tahun 1979 dan sangat terkenal dalam kalangan komuniti Cina di negara kita. Kumpulan yang beroprasi di Jaln Pudu, Kuala Lumpour ini telah mengadakan persembahan di beberapa buah negara termasuk Thailand, China, Hong Kong, dan menyertai pelbagai pertandingan festival kebudayaan yang dianjurkan di dalam dan luar negara.


The Temple of  Fine Arts

The Temple of  Fine Arts di Brickfields, Kuala Lumpur ditubuhkan pada 1 Mei 1981 dan diilhamkan oleh Swani Shantanad Saraswati. Badan ini didaftarkan sebagai badan kebajikan yang memperjuangkan kebudayaan dan kesenian kaum India.
          Antara bidang kebudayaan yang diajarkan di pusat ini ialah tarian, vokal, dan permainan alat-alat muzik tradisional India. Tarian yang diajarkan termasuklah Bharatanatyam dan Odissi. Bidang vokal yang diajarkan di pusat ini ialah Karnatik dan Hindustani. Kurtsus permainan alat-alat muzik tradisional India yang disediakan pula ialah mridingham, tabla, veena, dan sitar.


No comments:

Post a Comment